Assalamualaikum dan salam Ramadhan..Tak berapa lama lagi Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan semestinya yang berada di perantauan akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran bersama kaum keluarga yang tercinta. Bagi yang ingin memulakan perjalanan balik kampung pastikan anda mengikut tips pemanduan berikut agar perjalanan anda selamat dan selesa.
Antara tips pemanduan yang ingin saya kongsikan di sini adalah;
1. Pastikan anda memeriksa / servis kenderaan terlebih dahulu, pastikan juga tayar kenderaan anda dalam keadaan yang baik..
2. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan.
3. Ketika dalam perjalanan, sentiasa ikut had laju yang ditentukan..jangan cuba buat sesuatu yang boleh membahayakan nyawa anda dan orang lain. Jangan jadikan jalan raya tempat untuk test power kereta anda..kalau jadi macam ni ..apa macam?
4. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
5. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.
6. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
7.Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
8.Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah anda seharusnya mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini..semoga perjalanan kita di bawah lindungan Allah S.W.T
0 comments:
Post a Comment