Breaking News
Loading...
Thursday, July 17, 2014

Info Post

Anda masih lagi berkesempatan untuk menyertai pertandingan Rekabentuk Proton 2014 bertemakan #PROTONCITYCAR2020! Untuk makluman pertandingan ini akan bermula pada 24 Jun sehingga 11 Ogos 2014.

Untuk menyertainya anda mestilah warganegara Malaysia berumur antara 13 hingga 25 tahun yang mana pertandingan dikelaskan kepada dua kategori. Kategori 1 untuk individu yang berumur antara 13-17 tahun dan Kategori 2, untuk individu yang berumur antara 18-25 tahun.Penyertaan berkumpulan adalah tidak dibenarkan.
Terdapat pelbagai hadiah yang menarik menanti pemenang antaranya ialah wang tunai, MacBook yang lengkap dengan perisian rekabentuk dan peluang untuk menjalani latihan di Pusat Rekaan Kreatif Proton R&D.. 
Apa yang perlu anda lakukan ialah;
1. Setiap peserta boleh menghantar lakaran@illustrasi digital rekaan luaran kereta bersaiz A3 termasuk pandangan hadapan 3/4, pandangan sisi dan pandangan perspektif belakang.
 2.Peserta untuk Kategori 2 juga perlu mereka bentuk bahagian dalam kereta tersebut. Untuk melayakkan penyertaan mereka, peserta perlu memberi penerangan mengenai rekaan mereka seperti tajuk rekaan, konsep rekaan dansistem enjin yang dicadangkan (misalnya petrol, diesel, hibrid, elektrik, dan lain-laindalam format bersaiz A4.
3.Peserta boleh menghantar maksimum tiga (3) reka bentuk, sama ada melalui surat atau dalam talian di laman Facebook pertandingan ini citycar2020.proton.com
Apa tunggu lagi ! Cepat sertainya sekarang..

0 comments:

Post a Comment